Ahad, 30 Disember 2012
Kena faham betul2, apabila menteri nafi.....maknanya ada muslihat !!!
BACHOK – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin menafikan penglibatannya dalam isu tanah di Relai, Gua Musang yang dimiliki dua pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Ko Ham dan Nga Kor Ming sebagaimana didakwa Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari dalam blognya dan sebuah akhbar 25 Disember lalu.
Beliau berkata, surat itu ditandatanganinya sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada masa itu untuk menyatakan tiada halangan bagi Upayapadu Plantation Sdn Bhd menjalankan penyelidikan dan pembangunan bersepadu tanaman getah dan industri hiliran di kawasan itu.
Katanya, ia perkara biasa bagi dirinya sebagai timbalan menteri yang bertanggungjawab menulis surat menyatakan tiada halangan bagi mana-mana pihak menjalankan penyelidikan dan pembangunan tanaman getah.
"Itu bukan surat sokongan untuk beri tanah kepada pemimpin DAP. Saya bukan orang yang berkuasa dalam hal tanah. Surat itu ditandatangani pada 2006 dan saya tidak tahu siapa pemegang saham terbesar syarikat berkenaan.
Mungkin juga pemilik asalnya orang Melayudan kemudiannya saham bertukar tangan kepada bukan Bumiputera, kita tidak tahu itu.
“Mereka kata hendak buat penyelidikan dan memohon bantuan. Kita tiada halangan mengenai itu dengan niat untuk membangunkan industri getah untuk pembangunan rakyat Kelantan. Kerajaan Negeri lebih tahu mengenai syarikat itu kerana mereka yang beri tanahitu kepada syarikat itu," katanya.
Menurut Awang Adek, mengaitkan dirinya dengan perkara itu adalah suatu penyelewengan fakta untuk menyalahkan orang lain di atas kesalahan yang diri sendiri lakukan.
Kontroversi tanah seluas 4259.87 hektar bernilai RM30 juta itu tercetus apabila ahli Exco Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman pada sidang media di Ipoh baru-baru ini mendakwa dua pemimpin DAP itu diberikan tanah berkenaan sebagai balasan untuk menerima wakil rakyat Pas, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak selepas Pilihan Raya Umum 2008. SH
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cetusan ranting 1 (terkini)
-
-
-
Hello Azli Musa , ko pun terlepas bas juga?5 jam yang lalu
-
-
ANAK MUDA WAJIB TUKAR KERAJAAN LAMA6 jam yang lalu
-
Faizal Tahir digam Media Prima kerana menyokong Pakatan?6 jam yang lalu
-
KALI INI DEMO JANGAN PULANG :PULANG6 jam yang lalu
-
-
kartun, kartunis dan solidariti7 jam yang lalu
-
-
BETOI KA NI RAHSIA KERETA PROTON SV DIJUAL MURAH?11 jam yang lalu
-
-
Pakatan Rakyat Boleh Jatuhkan Najib Menerusi Tengku Razaleigh17 jam yang lalu
-
Hak berhimpun dijamin Perlembagaan Malaysia2 hari yang lalu
-
ANTARA ADAB ....4 hari yang lalu
-
Bersama Bekas tahan ISA di Batu Gajah esok!6 hari yang lalu
-
PAS Perak fail 3 petisyen PRU13 pagi iniSeminggu yang lalu
-
Kabinet balas jasa dan kukuhkan sokongan4 minggu yang lalu
-
-
Transit Radioaktif Bukit Merah Di Manjung Masih Beroperasi4 bulan yang lalu
-
13 Mei top on the list?6 bulan yang lalu
-
Mobile Test...7 bulan yang lalu
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat8 bulan yang lalu
-
Antara madet dan setan9 bulan yang lalu
-
Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib9 bulan yang lalu
-
-
-
-
Reminder about your invitation from Najib SalehinSetahun yang lalu
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARASetahun yang lalu

Tiada ulasan:
Catat Ulasan